Search this blog


Home About Contact
2008-11-23

Haikal pergi ke Mesra Mall  

Semalam, Haikal pergi ke Mesra Mall. Saya pergi ke situ untuk makan tengahari. Haikal makan dekat restoran Pizzahut. Selepas itu, Haikal pergi ke Reject Shop untuk beli baju sejuk dan seluar sebagai persediaan ke Pulau Pinang.


Semasa bulan Disember nanti, Haikal nak pergi Pulau Pinang. Tujuan Haikal ke situ ialah bercuti di Carnival. Di situ ada kolam mandi .

2008-08-26

Happy 8th birthday  

24 ogos, yang baru lepas ialah hari lahir Haikal yang ke 8. Dah besar pun anak Mak ni. Tapi 2,3 hari sebelum tu Haikal memang tak berapa sihat. Demam. Yang peliknya suhu badannya naik tiba-tiba aje, lepas tu tak boleh makan, bila makan aje muntah. Abah dah bawa pergi klinik. Tapi demamnya ni susah benar nak kebah. Dengan badan yang tak sihatnya tu terus bawa sampai ke hari lahirnya. Kesian Haikal.

Kebetulan pula sebelum tu, masa pergi ke rumah Tuk Wan masa cuti sekolah ari tu, kami singgah di Kuantan Parade. Kat situlah Haikal nampak mainan Helikopter yg pakai remote, dia memang nak sangat mainan tu. Ternganga dia masa tengok salesman demostrate mainan tu. Terus dimintanya Abah belikan mainan tu untuk hadiah birthday. Tapi bila tengok harganya RM199 terkedu jugak masing-masing. Nampak macam dia frust jugak bila Abah cakap harganya mahal sangat. Tuk Wan dengan Mak Ngahnya pulak pujuk, suruh Haikal berdoa tiap kali lepas solat minta2 Allah bukakan hati Abah nak beli mainan tu untuk hadiah birthdaynya.

Sebab tu bila dia demam dan tak larat nak solat, dia risau sangat sebab tak dapat berdoa. Dan on 24 Ogos tu pulak kebetulanya first day sekolah lepas cuti seminggu, Abah pulak kena kerja on that day, badan Haikal pun still lagi tak berapa sihat. So on that day macam tak ada apa-apa special sangat. Bila Mak tanya Haikal nak tak beli kek tak untuk celebrate birthday, dia tak nak . Dia cakap dia nak pergi Mc Donalds aje. So malam tu kami semua ke Mc Donalds, tu pun Haikal tak berapa selera nak makan yang cerianya si Aisya.

Dan, bila balik dari Mc Donalds............

Sukanya Haikal

HAPPY BIRTHDAY UNTUK HAIKAL DARI ABAH, MAK DAN AISYA.


2008-06-24

Donald Duck Family Tree  

Last two days, abah browse internet dan jumpa something quite interesting pasal family tree Donald Duck. Abah dah bookmark kan untuk haikal, so sekarang ni Haikal nak share dengan semua salasilah keluarga Donald Duck. Have fun !

2008-05-24

Petronas Twin Tower  

Haikal dapat maklumat ini dari buku Megastuctures. Petronas Twin Tower dibina dan menjadi bangunan tertinggi didunia sehinggalah bangunan Taipei 101 memintas ketinggian bangunan Petronas Twin Tower dengan perbezaan sebanyak 56 meter(184 kaki). Reka bentuk geometri bangunan ini diinspirasikan dari corak tradisional Islam. Pelan reka bentuk bangunan ini adalah segi lapan dengan lengkungan bulatan pada bahagian sudut dalamannya. Bentuk ini adalah simbol bagi bersatu, harmoni dan kestabilan. Setiap bangunan mengandungi 88 tingkat, jumlah tingkapnya ialah 30,000!. Satu lagi keunikan bangunan ini ialah pembinaan jambatan antara kedua-dua menara ini. Panjang jambatan ini ialah 58 meter(190 kaki ). Jambatan ini bersambung di tingkat 41 dan 42.

Check out my Slide Show!  

2008-05-22

Three Gorges Dam  

Haikal suka Megastructures.Salah satunya ialah Empangan Tiga Gaung di China atau Three Gorges Dam. Empangan ini dibina kerana sejak berabad-abad lalu negara China sentiasa dilimpahi air dari Sungai Yangtze dan Sungai Huwang Ho.Empangan ini adalah empangan yang terbesar di dunia dan dijangka siap pembinaannya pada tahun 2009.Selain dari mengawal masalah banjir,empangan ini juga akan digunakan untuk penghasilan tenaga elektrik dan pengairan.

Snek yang baik  

Beberapa hari lepas, Haikal baca buku makanan dan pemakanan. Buku itu Aki Haikal yang bagi. Pada masa Haikal baca buku itu pada muka surat 34, Haikal ternampak tentang snek yang baik. Lebih baik bawa snek yang baik itu ke sekolah, kita boleh makan pada masa rehat. Snek yang baik itu ialah:

  • sandwic telur atau sardin
  • kuih karipap
  • mee goreng, meehun goreng, nasi
  • kek
  • biskut
  • buah-buahan
  • cucur bawang bercampur ikan bilis
  • cucur kodok pisang
  • kuih-muih
  • nasi himpit dengan kuah kacang
  • vade(mak kata ini pedas)
  • tauhu goreng bersama kacang goreng atau ikan bilis goreng

Hari pertama belajar tulis blog.  

Hari ini abah bagi Haikal buat blog Haikal sendiri. Rasa seronok sangat. Haikal sebenarnya tak tahu pasal blog-blog ini. Haikal cuma pernah tengok mak buat blog mak. Nampak macam best sahaja. Sebab itu bila abah tanya Haikal nak buat blog tak? Haikal terus kata nak.

Lepas itu, abah terus kenalkan Haikal dengan blog ni. Background site ini Haikal lah yang pilih, cantikkan!. Gambar itu pula, abah yang masukkan. Sekarang ini, Haikal tengah belajar macam mana nak tulis dalam blog pula. Mintanya lepas ini Haikal pandailah tak payah asyik nak tanya mak dengan abah lagi.

Apa pun Haikal nak ucap TERIMA KASIH banyak-banyak pada abah sebab bagi peluang ini pada Haikal. Haikal sayang abah.

Assalamualaikum  

Selamat datang ke blog Haikal. Blog ini mengandungi catatan harian Haikal. Haikal nak jemput semua yang masuk site ini untuk bagi comment, bolehlah kita kongsi pengetahuan dan pengalaman. Terima kasih sebab sudi melawat blog Haikal ni.